Friday, 15 June 2012

MINYAK KELAPA DARA







Apakah itu Minyak Kelapa Dara??

Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakkan kajian dilakukan ke atas penduduk di Kepulauan Pasifik dimana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif kepada kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia dimana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa dimana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya.

Kebaikan dan Khasiat
Manfaat Minyak Kelapa Dara terhadap kesihatan manusia:-

Kecantikan Luaran
* Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik (tahap metabolisma badan)
* Menghasilkan tenaga segera
* Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah
   garis-garis halus
* Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatis
* Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran
   ultraviolet.

Kesihatan Dalaman
* Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
* Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino
* Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis
* Mengurangkan stress pada pankreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh
* Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri
  dari serangan osteoprosis
* Mencegah risiko sakit jantung
* Mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurukan tekanan darah tinggi.

Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
* Membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser colon dan
   kanser rahim
* Berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis
* Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif
* Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate bagi lelaki
* Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi
   kencing
* Membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak
   yang lain

Membunuh Virus, Bakteria dan Kulat
* Membunuh virus (yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis C, cacar air dan herpes), bakteria
  (yang menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan,
   infeksi saluran kencing, meningitis dan gonorrhea), kulat (yang menyebabkan candida, jock itch, kadas dan
   infeksi yang lain) serta membunuh cacing pita, lice, giardia dan parasit.

Hubungan suami isteri
* Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastik)
* Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural)
* Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan)
* Amat baik bagi mengatasi masalah monopaus wanita.

No comments:

Post a Comment